Rabu, 13 Disember 2017

BackPackerLover Ke Seoul Korea - Day 1


Bercuti Ke Seoul Korea




안녕하세요.
annyeonghasaeyo


wahh... masih teringat lagi suasana Myeongdong di kepala otak ni.. rasa mcm nak terbang ke sana sekarang jugak hahaha.. kami husband n wife pergi ke Seoul secara ala-ala backpacker (nak jimat kan?) pada 16 Oktober 2017 hingga 20 Oktober 2017. Musim Luruh tau.. Konon-konon Autumn In My Heart ... (Berangan je... ) 

sementara masih ingat lagi itinerary sepanjang di Seoul Korea, meh saya kongsikan..

**apa yg paling sedih ialah semua video dan gambar di SJcam dari awal perjalanan hingga hari ke2 di Seoul HILANG!!! yang ada sikit di hp dan camera Sony 



Hari 1

16 Oktober 2017 

Kami bertolak dari KLIA2 pukul 8.00 pagi dan sampai di Incheon Airport lebih kurang pada pukul 4.30 petang waktu Korea. 
ALHAMDULILLAH selamat perjalanan kami dan dapat jejak kan kaki di bumi Korea setelah bertahun-tahun berangan (pernah tak?)
dah mula rasa sejuk2 dah... 

Hasil carian imej untuk naik bus dari incheon airport ke seoul
(gambar ihsan dari Google)

sampai je di Incheon Airport, kami terus cari kedai serbaneka 
(x ingat nama.. mungkin C2U.. )



beli tmoney siap top up sekali. dah tu beli air sekali.. sbb dah haus sgt.. jauh jalan..


dah rehat kejap dalam beberapa minit, terus cari kaunter tiket airport bus. kami memang plan nak rasa naik bas dari airport.. nak tgk pemandangan bumi Kpop.. 




perjalanan dari airport ke Seoul 1 jam lebih.. jauh jugak.. sebab kami sampai ke Seoul suasana dah gelap.. Sejuknya pun blh tahan.. suhu dalam 16 calcius rasanya.. 
   


naik airport bus ni kita kena betul2 dengar suara operator bas tu (mcm yg dlm train.. next station...).. dia akan sebut setiap hentian yg dia berhenti.. 

bila dia dah masuk area Seoul dan mula berhenti setiap station bus..kami dah mula risau..  hua.. kami ni tak berapa nak paham sebutan nya.. kang jauh sesat ni kang.. kami tanya driver bas .. station Chungmuro.. dia buat muka tak paham.. hah sudah.. dia tak paham ke? tiket bas tadi ada tulis Chungmuro.. takkan dia tak baca.. tiket dia dah ambik tadi...

 cuak dah ni... tunjuk map hostel yang kami dah booking pun dia buat muka tak paham..
 nak gelak ada.. takut pun ada... 




sudahnya, setiap kali dia berhenti kami tanya dia.. Chungmuro?.. dia geleng.. makna bukan lah tu.. belok kanan.. belok kiri.. dengar macam operator bas tu sebut macam Chungmuro.. dan ada penumpang lain pun turun.. kami pun turun (buat macam orang pandai je lah.. main jalan je..)

jalan sikit, tgk pada map hostel.. masih tak nampak apa2 tanda yg ada berdekatan dgn hostel.. 
masuk kedai macam coffee cafe.. tanya kat pekerja kedai tu.. huh lega.. nasib baik dia boleh cakap english.. dia tunjuk tu ni semua... rupanya dekat dah dgn hostel kami.. ALHAMDULILLAH.. nasib baik hentian bas yg betul.. hahaha

jumpa station minyak.. lalu kedai serbaneka GS25 dua kali.. jumpa balai polis belok kiri... jumpalah Star Hostel MyeongDong Ing..  


Hasil carian imej untuk star hostel myeongdong ing


Pintu depan Star Hostel Myeongdong Ing 


Bilik kami (gambar ihsan dari Google)




Hasil carian imej untuk star hostel myeongdong ing
dalam kawasan hostel (gambar ihsan dari Google)

Lupa nak ambik gambar OPPA hostel ni masa register masuk :) 

sampai je hostel.. kami rehat kejap.. jamak sembahyang smua.. terus keluar tengok pemandangan malam di korea dan ambil angin yg sejuk.. kami jalan2 survey station subway terdekat dgn hostel kami.. station subway yg paling dekat dengan hostel kami station Chungmuro exit 4.. dalam 5 minit je jalan kaki. 

Imej yang berkaitan
subway station Chungmuro exit 4 (gambar ihsan dari Google)



bergambar di tepi tangga subway station Chungmuro exit 4


hostel yg kami duduk ni ada sediakan internet wifi utk disewa..
(cuma letak deposit 50 000 won.. deposit dipulangkan semula masa pulangkan wifi tu... jadi boleh guna kat airport nanti masa balik) ..




macam ni lah rupa wifi tu.. sgt berguna utk kawasan yg tak ada wifi free 




Perbelanjaan untuk hari pertama
(tanpa tiket flight)

T-money = 4000 won x 2 = 8000 won
Top up T-money = 20 000 won x 2 = 40 000 won
air = 300 won (2 botol)
Tiket airport bus ke Chungmuro = 14 000 won x 2 = 28 000 won
Hostel = 160 000 won (5 hari 4 malam)
Deposit sewa wifi = 50 000 won

Total hari pertama = 286 300 won





BackPackerLover Ke Seoul Korea - Day 5

HARI KE 5 BALIK DAH  😂😂😂😂😂😂😂😂 FLIGHT KAMI PUKUL 11 PAGI.. JADI KAMI BERTOLAK DARI HOSTEL PUKUL 7 PAGI..  SELEPAS DAH PU...